Jawapan:
Jadual Hari Kelepasan Am Persekutuan dan Negeri bagi tahun berikutnya boleh dilayari di laman web BKPP mulai bulan Ogos setiap tahun.
Jawapan:
Kalendar Persekolahan disediakan oleh Kementerian Pendidikan. Maklumat tersebut akan dipautkan dalam laman web BKPP setelah ianya disiarkan dalam laman web Kementerian Pendidikan.
Jawapan:
Antara mesyuarat-mesyuarat utama yang dikendalikan oleh BKPP adalah:
- Mesyuarat Jemaah Menteri;
- Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri;
- Mesyuarat Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Perkhidmatan (KSUKP);
- Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri (JKPPN); dan
- Mesyuarat Ketua Jabatan Persekutuan (KJP).