01 TEKUN
- melaksanakan tugas dengan rajin dan bersungguh-sungguh;
- menumpukan sepenuh tenaga dan daya usaha bagi menghasilkan kerja atau perkhidmatan yang terbaik; dan
- menyiapkan tugas tanpa sempadan waktu mengikut jadual dan matlamat yang ditetapkan.
02 JUJUR
- sentiasa memperlihatkan sifat-sifat ikhlas dan tulus;
- tidak mementingkan diri sendiri; dan
- tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
03 PROFESIONAL
- melaksanakan tugas secara objektif dengan teliti, tepat dan sempurna;
- melaksanakan tugas mengikut semua peraturan rasmi dan keperluan yang ditetapkan dengan standard yang tinggi; dan
- sentiasa membuat jangkaan tugas-tugas akan datang, membuat persediaan serta meningkatkan kaedah dan cara bekerja.
04 CEMERLANG
- sentiasa berusaha meningkatkan keupayaan dan kehebatan diri;
- sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran bertugas; dan
- sentiasa peka terhadap kehendak pelanggan, bersikap terbuka, bersedia menerima teguran serta memberi layanan yang saksama kepada mereka.
05 BERHEMAH
- menunjukkan peribadi terpuji dan berakhlak;
- berbudi bahasa, hormat-menghormati dan mesra terhadap rakan sepejabat dan pelanggan; dan
- sentiasa berpakaian kemas, bersih dan bersopan semasa bertugas.
06 BERTANGGUNGJAWAB
- memelihara serta menyimpan dokumen dan maklumat terperingkat di tempat selamat dan tidak menggunakannya untuk kepentingan peribadi;
- tidak mendedahkan maklumat terperingkat kepada pihak yang tidak berhak mengetahuinya; dan
- tidak membuat salinan dan tidak memusnahkan dokumen terperingkat tanpa arahan yang sah.